Projek Pelajar
Robot Troli: aplikasi teknologi robotik dan automasi dalam memudahkan aktiviti harian.
Bimbingan inovasi berimpak tinggi.
Bahagian ini memaparkan salah satu projek pelajar yang telah dibimbing sepanjang proses pembangunan. Projek ini diketengahkan sebagai contoh hasil usaha pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran bagi menghasilkan penyelesaian yang praktikal serta berpotensi memberi manfaat kepada pengguna.
Robot Troli
Sinopsis Projek
Robot Trolley Personal ialah sebuah troli automatik berasaskan robotik yang direka untuk membawa barangan peribadi dengan mengikuti pergerakan pengguna tanpa perlu ditolak secara manual. Sistem ini menggunakan Arduino Uno sebagai pengawal utama, manakala sensor ultrasonik digunakan untuk mengesan jarak pengguna serta mengenal pasti halangan di hadapan. Pergerakan troli dikawal melalui pemacu motor L293D yang mengendalikan dua buah motor arus terus.
Troli akan bergerak ke hadapan apabila pengguna bergerak dan berhenti secara automatik apabila pengguna berhenti. Projek ini dibangunkan bagi mengurangkan kebergantungan kepada troli konvensional, memudahkan proses membawa barangan berat serta meningkatkan keselamatan pengguna melalui sistem kawalan automatik.
Dokumen Projek Pelajar
Laporan, sijil dan bahan pembuktian Robot Troli.
