Penyelaras Pelan Strategik & Ketua Editor
Tadbir urus perancangan tahunan yang sistematik.
Sebagai Ketua Editor Pelan Strategik dan Pelan Tindakan PKT, saya menyelaras input daripada semua jabatan/PIC, menyemak dan menerbitkan dokumen perancangan tahunan yang responsif dan berkualiti tinggi.
Peranan ini menyokong Teras 2: Governan yang Responsif dan Mampan serta Teras 3: Pemerkasaan Bakat.
Skop Tugas
- Menyediakan kertas kerja dan memo pelaksanaan bengkel pengisian input perancangan tahunan
- Menyelaras dan bertindak sebagai urusetia bengkel
- Menyampaikan taklimat atau menjadi penceramah bengkel bersama Penolong Editor
- Menyelaras input daripada semua jabatan dan unit secara strategik
- Menyemak, menyunting dan menerbitkan laporan berkualiti tinggi
- Memastikan pelaporan pencapaian mengikut jadual
