Objektif
Menghimpunkan faktor psikologi, tingkah laku pembelajaran, penggunaan Al dan prestasi pelajar dalam satu kerangka yang sistematik.
Kajian ini dibangunkan untuk menyediakan satu kerangka rujukan yang membantu pensyarah memahami perubahan tingkah laku pembelajaran dalam persekitaran pengaturcaraan berbantukan Al.
Kerangka ini disediakan kerana pendekatan penilaian tingkah laku pembelajaran secara konvensional kurang mengambil kira pengaruh Al terhadap proses pelajar memahami masalah, menghasilkan kod atur cara dan menyelesaikan tugasan. Penggunaan ukuran seperti masa melaksanakan tugasan atau kekerapan latihan sahaja mungkin menghasilkan tafsiran yang tidak lengkap.
Menghimpunkan faktor psikologi, tingkah laku pembelajaran, penggunaan Al dan prestasi pelajar dalam satu kerangka yang sistematik.
Kajian melibatkan pengenalpastian isu, pembangunan soal selidik, pengumpulan data 57 pelajar, analisis SPSS, pembinaan kerangka tingkah laku pembelajaran sedia AI, penerapan dalam PdP serta penambahbaikan berdasarkan maklum balas dan dapatan statistik.
Meningkatkan kesedaran bahawa Al perlu digunakan sebagai alat sokongan dan bukan pengganti pemikiran kendiri serta menjadi panduan untuk mentafsir corak prestasi dan tingkah laku pelajar.
Bahan penyelidikan, penerbitan, penilaian dan data mentah.
WhatsApp · 012-4518290Mohd Fahmi